Opss!! Terus Tidur Selepas Bersama Tanpa Mandi Junub? Ramai Tak Tahu Inilah Akibatnya | Sering kali orang menunda mandi junub tanpa alasan. Misalnya pasangan
suami isteri yang telah menyelesaikan hajatnya. Mereka terus tidur
begitu saja..Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab
khusus berjudul “Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan”
Di bawah bab itu dicantumkan dua buah hadits shahih yang berisi
ancaman menunda mandi junub tanpa alasan. Apa ancamannya? Orang yang
menunda mandi junub tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تَقْرَبُهُمُ الْمَلَائِكَةُ الْجُنُبُ وَالسَّكْرَانُ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوْقِ
“Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub,
orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq.” (HR. Al
Bazzar; shahih)
Dijelaskan oleh Al Hafizh bahwa yang dimaksud dengan malaikat pada
hadits ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkah, bukan
malaikat hafazhah (yang mengawasi) karena mereka selalu bersama manusia
dalam kondisi apapun.
Jadi, bagi orang yang menunda mandi junub tanpa alasan sebagai contoh
keraa malas – maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat. Lalu apakah
seseorang harus segera mandi junub begitu ia selesai berhubungan?
Rasulullah mencontohkan, setelah menunaikan hajat bersama isterinya
kadang-kala beliau langsung mandi junub kadang-kala tidak langsung mandi
junub. Ketika beliau tidak boleh terus mandi junub, maka beliau
berwudhu dulu sebelum tidur.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ
وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ
الْحَدِيثَ قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ
يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ
قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ
وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي
الْأَمْرِ سَعَةً
Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, “Saya bertanya kepada Aisyah
tentang witir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu dia
menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, ‘Bagaimana yang beliau
perbuat ketika dalam keadaan junub, apakah beliau harus mandi sebelum
tidur atau tidur tanpa mandi? ‘ Aisyah menjawab, ‘Sungguh semuanya telah
dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau
berwudhu lalu tidur.’ Aku berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang
menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan’.” (HR. Muslim)
Hadits lain dalam bab ancaman menunda mandi (junub) tanpa alasan
memperjelas bahwa yang terkena ancaman tidak didekati malaikat rahmat
adalah menunda mandi junub tanpa berwudhu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ثَلاَثَةٌ لاَ تَقْرَبُهُمُ الْمَلاَئِكَةُ جِيفَةُ الْكَافِرِ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوقِ وَالْجُنُبُ إِلاَّ أَنْ يَتَوَضَّأَ
Isnin, 28 Mei 2018
Home
/
petua
/
Terkini
/
Opss!! Terus Tidur Selepas Bersama Tanpa Mandi Junub? Ramai Tak Tahu Inilah Akibatnya
Opss!! Terus Tidur Selepas Bersama Tanpa Mandi Junub? Ramai Tak Tahu Inilah Akibatnya
About sarip kay
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
Related Posts:
Terkini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jom Klik
loading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan