BETUL KE?? Menjelang syawal Zulkifli sah dihukum gantung kerana bunuh perompak (6Gambar) | Kuala Terengganu : Sebak pilu semua ada setelah sekian lama berjuang
untuk selamatkan nyawa nya dari terlepas hukuman gantung sampai hukuman
mati akibat membunuh perompak yang merompak rumah nya akhir nya dihari
ke 11 Ramadhan Zulkifli sah dijatuhkan hukuman gantung akibat perbuatan
nya itu.
Ini perutusan Hakim pada mangsa “Jangan sesekali kita ambil kuasa
undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga
meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim
Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz.
Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga
warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkifli Abdullah, 40
dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang
kudung kaki kanan, pada 2015.
Zainal Azman hari ini telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke
atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun
dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan
kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan
munasabah.
Dalam penghakiman kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak
sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubungi polis
dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan sebarang
hukuman.
“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan
ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat
ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,” katanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di kawasan
rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh,
Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Dis 2015.
Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarkan
keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil
membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh
bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua
mangsa cuba merompak beliau.
Katanya Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari
besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh
benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis
kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang
ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.
“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah
belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan
menikam dada si mati (Zulkifli). Si mati cuba melarikan diri tetapi
tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang
tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.
“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat
kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi
tidak dihiraukan,” katanya.
Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke
atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak
disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada
sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan
kecederaan yang dialami juga adalah serius.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli
Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul
Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.
Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran
tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan
tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit
yang cuba merompak.
Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan ‘Selamatkan
Zulkifli’ di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 followers dengan
menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertikai kuasa polis yang
menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan,Semoga
keluarga Zulkifli tabah. BETUL KE?? Menjelang syawal Zulkifli sah dihukum gantung kerana bunuh perompak (6Gambar)
Isnin, 28 Mei 2018
Home
/
Drama
/
Drama Viral
/
BETUL KE?? Menjelang syawal Zulkifli sah dihukum gantung kerana bunuh perompak (6Gambar)
BETUL KE?? Menjelang syawal Zulkifli sah dihukum gantung kerana bunuh perompak (6Gambar)
Tags
# Drama
# Drama Viral
About sarip kay
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
Related Posts:
Drama Viral
Label:
Drama,
Drama Viral
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jom Klik
loading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan