Sabtu, 3 Februari 2018

Terkini , Sekolah tahfiz disaran ikut garis panduan

Terkini , Sekolah tahfiz disaran ikut garis panduan | SHAH ALAM - Sekolah tahfiz disarankan mendidik pelajar tahfiz dengan pengajian digariskan oleh kerajaan sebagaimana ditetapkan Kementerian Pendidikan.



Ketua NGO Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, saranan itu dibuat bukan hanya bertujuan supaya semua ustaz dan guru yang mengajar mengikut garis panduan ditetapkan, bahkan penting untuk menjamin  masa depan mereka.

"Sekiranya ada pelajar bercadang menyambung pengajian di luar negara seperti di Timur Tengah, ia akan memudahkan proses selanjutnya.

"Pelajar perlu rebut peluang ada dan NGO Antarabangsa akan mempertimbangkan menaja mereka yang berjaya," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, maahad tahfiz juga perlu berdaftar bagi memudahkan sekolah aliran agama itu bergerak, selain terjamin dari segi keselamatan.

"Sekolah agama dan maahad tahfiz yang belum mendaftar harus segera berbuat demikian. Biasanya bantuan disalurkan kepada sekolah berdaftar," katanya.

NGO Antarabangsa sangat aktif menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Kemboja bermula sejak 1999.

Beliau berkata, di Kemboja, pemerintah negara itu mewajibkan semua institusi pendidikan termasuk sekolah pondok berdaftar, supaya peluang pelajar meneruskan pengajian dalam dan luar negara terjamin.

"Di kemboja kini banyak sekolah agama persendirian atau sekolah ditaja Kerajaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan lain-lain," katanya.

Menurutnya, tindakan sama seharusnya diambil oleh pengendali sekolah tahfiz di Malaysia.

"Pendaftaran dengan kerajaan penting supaya sekolah sentiasa dapat peraturan tatacara terkini kerajaan dari banyak aspek. Ia juga menjamin sekolah itu kekal relevan.

"Salah satu faktor sekolah ditutup adalah kerana sistem pengurusan lemah dan kekurangan penajaan," katanya.

Mustapha berkata, beberapa langkah dibuat oleh maahad tahfiz di Thailand wajar dijadikan contoh terutama dalam menjana pendapatan sendiri.

"Saya pernah melawat beberapa maahad tahfiz di Thailand, Mereka pandai cari sumber rezeki bagi menampung perbelanjaan sekolah agama.

"Inisiatif menjual kopiah, kain tudung, berniaga di restoran dan pam minyak dapat menyelesaikan sedikit sebanyak berkaitan sumber kewangan, serta tidak mengharapkan tajaan semata-mata," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Klik

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close