Sabtu, 3 Februari 2018

Gadis ini dicabul sebelum dihentak dengan botol



Gadis ini dicabul sebelum dihentak dengan botol \ MALMO - SWEDEN. Seorang gadis dihentak dengan botol kaca di bahagian kepalanya selepas mangsa menyuruh seorang lelaki yang tidak dikenali berhenti meraba beliau di sebuah kelab malam.

Dailymail melaporkan Sophie Johansson, 19 memberitahu lelaki tersebut meletakkan tangannya diantara kedua dua paha mangsa sebelum mangsa melarang perbuatan tersebut.

Suspek kemudian bertindak ganas dengan menumbuk muka Johansson dan menghentak kepala mangsa dengan botol arak dalam kejadian Sabtu lepas.

Kata Johannson, dia dan kawannya cuba melarikan diri dari situasi tersebut sebelum dipukul.

Mangsa kemudian membuat laporan polis tetapi siasatan digugurkan kerana kekurangan bukti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Klik

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close