Khamis, 7 Jun 2018

Sebarkan.. ‘Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui’ – Bayi perempuan diculik

Sebarkan.. ‘Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui’ – Bayi perempuan diculik | “Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui,” demikian rayuan seorang wanita di Facebook meminta bantuan orang ramai mengesan anaknya yang dilaporkan telah diculik awal pagi tadi.

‘Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui’ – Bayi perempuan diculik, ibu minta bantuan orang ramai
‘Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui’ – Bayi perempuan diculik, ibu minta bantuan orang ramai
Dalam kejadian di kediaman keluarga itu di Sungai Terap, Muar, Johor, Siti Noorfadilah Yusofe, memaklumkan anaknya, Nur Aisyah Hasmizan, 1 tahun 5 bulan, didapati hilang ketika dia dan suaminya, Hasmizan Othman bangun pada waktu sahur.

Selain itu, dua buah telefon bimbitnya milik mereka jenama Oppo dan Vivo juga didapati hilang dipercayai diambil oleh individu yang menceroboh masuk kediaman mereka.



“Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong panjangkan post ini sampai Aisya dijumpai. Bangun sahur, pintu dapur terbuka. Aisyah di sebelah hilang. Dua telefon bimbit juga hilang.

“Harta kau nak ambil, ambillah semua, tapi tolong pulangkan anak aku. Tolong sangat-sangat! Tolong viralkan post ini, tolong,” tulis Siti di Facebooknya lima jam yang lalu.

Sehingga ke waktu ini, Nur Aisyah masih belum ditemui dan berdasarkan maklumat terkini, mangsa diculik oleh suspek yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna hitam.

Dalam post terkini, Siti memaklumkan anaknya masih belum ditemui dan meminta orang ramai menyebarkan gambar-gambar anaknya agar segera ditemui.

Siti juga merayu kepada individu yang menculik anaknya itu memulangkan Aisyah kepada mereka.




“Anak saya masih belum dijumpai. Tolong sangat-sangat sebarkan selagi semua mampu. Saya tidak kuat nak melalui ujian ini. Semua anak saya, nyawa saya. Tolonglah.

“Tolong siapa berdendam dengan saya dan suami, tolong sangat pulangkan Aisya. Aisya tak salah.

“Nak bunuh saya sekali pun sebab benci saya sanggup janji pulangkan anak saya kembali. Tolonglah bantu saya. Dia hilang ketika saya tidur. Memang tak sedar langsung apa yang berlaku,” tulis Siti yang juga meminta orang ramai mendoakan Aisyah selamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bapa mangsa juga telah membuat laporan polis di Balai Bukit Pasir pada awal pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Sumber : Blog Berita Online

1 ulasan:

  1. Beginners Guide to Baccarat - The Wire
    Beginners Guide to worrione Baccarat: How to Play Baccarat In 1xbet 2021 바카라 사이트

    BalasPadam

Jom Klik

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close