Rabu, 21 Mac 2018

SYUKUR!! Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza Pula Memberi Respond Tentang Kehadiran Tetamu Baru Dalam Keluarga Mereka

SYUKUR!! Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza Pula Memberi Respond Tentang Kehadiran Tetamu Baru Dalam Keluarga Mereka | ANAK tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid memaklumkan penyanyi tersohor itu kini sedang berehat dan dalam pemantauan doktor.
Asyraf berkata, buat sementara waktu ahli keluarga yang menziarah hanya dapat melihat anak sahaja.

“Selepas Mak Iti (Siti) selamat bersalin secara pembedahan, doktor minta dia berehat dahulu. Memandangkan Mak Iti bersalin bayi sulung pada usia 39 tahun, banyak perkara perlu diambil kira terutama kesihatannya.
“Jadi, kami ahli keluarga menghormati keputusan doktor. Dalam masa sama, doktor boleh memantau kesihatan Mak Iti dahulu. Insya-Allah, jika semuanya okey Mak Iti boleh dibenarkan pulang dua hari lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Asyraf yang juga anak ketiga hasil perkahwinan pertama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, puteri sulung pasangan itu sangat comel.
“Wajah adik saya sepadan dengan lagu Comel Pipi Merah. Memang geram melihat wajahnya yang sangat comel. Kulitnya putih, pipinya merah.
“Namun, kami tidak boleh duduk lama di bilik penjagaan bayi. Tak sabar nak dukung dan peluk lama-lama. Tunggu pulang ke rumah baru dapat lepaskan geram.
“Selepas ini, anak saya, Ariff Jiwa ada kawan bermain. Dalam masa sama, saya juga sudah lama tunggu kehadiran adik perempuan,” katanya.
Asyraf berkata, dia terharu apabila Siti selamat bersalin kerana selama ini melihat usaha penyanyi dalam mendapatkan cahaya mata.
“Selepas 11 tahun berkahwin, akhirnya Mak Iti dikurniakan anak. Sebagai anak, saya sangat gembira dan terharu. Apatah lagi selama ini saya nampak betapa dia berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
“Saya berasakan kalau orang lain berada di tempat Mak Iti memang sudah putus asa. Namun, tidak bagi Mak Iti. Alhamdulillah, Allah mendengar doanya dan kami sekeluarga,” katanya.
SUMBER : HMETRO ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Klik

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close